1. PUJI – Setiap
pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan
seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan
suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap
mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN –
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN –
Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan
terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN –
Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN –
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain
bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya
membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN –
Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh
daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN – Doa
kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi
daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
No comments:
Post a Comment